Followers

Thursday, May 3, 2012

Sup Meletuplah sangat....


Hangin...memang xyah citer la. Benggang...sudah semestinya. Membebel...? Berbakul-bakul la kalau dapat ke aku...hahaha. Di suatu petang...cehhhh kui3..macam cite zaman budak2 jer start tu...tapi xpelah aku nk cita gak lah ape yang buat aku hangin tu kan. cam ni, masa hari aku terkono tu...my sister dari kampung nak mai KL la bukan nak mai tapi dia kene mai gak sebab dia keje kat sini..hehehe. dia datang bawak si DANISH(anak my sis) saje2 jer la sebab selalu jer kena tinggal ngan mak dia kan...kadang2 seminggu sekali jumpa..kadang2 2 minggu skali, sian kat danish kan. My sis keje KL, husband dia keje kat kelantan dan anaknya duk jerteh (Trg) my kampung ler(aduhhh) macam diluah mati mak ditelan mati bapak. sejak lahir ditinggalkan di kampung duduk ngan atok n nenek nyer...sob3 untuk danish. Jauhnyer aku melalut...tapi macam ni citer aku tadi...disebabkan my sis nk datang sudah semetinya dia akan singgah n tido umah aku kan. jadi aku ni kalau hari keje memang malas la nak masak. So lepas balik keje aku pikir beli sup meletup (kat permaisuri) jer la senang, sampai umah masak nasi jer...kan..kan..kan. Lepas waktu keje my hubby datang ambik n terus g kedai tu, sesampainya disitu...jeng..jeng..jeng....

Tuesday, May 1, 2012

SEPARUH AKHIR KE 2 : KEDAH VS KELANTAN


I pinjam gambar ni ok...jangan marah. JOMMM...sama2 kita saksikan Perlawanan Separuh Akhir Ke-2 KEDAH VS KELANTAN bertempat di stadium darul aman....kepado adik kakok abe blako hok on d way doh g kedoh semoga perjalanan anda semuo selamat sampai dan selamat kembali...semoga denge sokonge anda semuo kito akan berjaya bowok balik kemenange dan dapat g ke FINAL. Ambo cayo ko sek2 THE RED WARRIOR demo hebat2 blako.....

1 MEI 2012


salam semua...semoga hari ini 1 mei 2012 adalah hari yang boleh kita jadikan motivasi untuk bekerja dengan lebih cemerlang dan produktif....chaiyok...chaiyokk...hehehe...aku pun buat balik keje ofis kat umah yang belum settle2 lagi ni...kang kalau x buat xbergaji orang. Apapun tahniah kepada anda semua yang selama ini bekerja untuk diri sendiri mahupun orang lain...ANDA MEMANG PEKERJA YANG HEBAT!!!!

Wednesday, April 25, 2012

Gaji...


Hari ini hari GAJI bagi yang bekerja GOMEN...mungkin yang kerja swasta pun ader gak yang hari gajinya jatuh hari ni...cakap pasal gaji ni korang dapat tak gaji baru dan juga tunggakannyer skali? harap2 korang semua check payslip tau jangan mengharapkan tengok duit kat bank jer....hehehehe. AKU? dah dapat dah jugak (lalala)...happy nyer...mau tak happy duit tu...sape yang x happy tu maknanya dia insan2 yang tak bersyukur la tu...kui10x. Best tu best la jugakkan tapi kepada yang kena cukai tu mesti la xberape nk best kan...xpelah gaji u alls kan banyak. Tapi kepada yang xdapat kenaikan gaji tu harap bersabar yer..mungkin aderla kesilapan teknikal bagi pihak pembayar gaji korang tu....kita ni kan semuanya manusia dan masing2 ader kelemahan sendiri...x gitu mak jemah....hahaha....Harap2 korang dapatlah berbelanja dengan berhemah yer dengan kenaikan gaji baru nie....Semoga Perkhidmatan Kita Akan Lebih Produktif Dan Cemerlang....

Sama-samalah kita....


Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya.

Tuesday, April 24, 2012

Golongan muda kini boleh memohon geran Anugerah Merdeka


KUALA LUMPUR: Golongan muda yang berpendapat mereka memiliki kaliber luar biasa dipelawa memohon 'Geran Anugerah Merdeka', yang diwujudkan untuk mengenal pasti dan mengiktiraf anak muda Malaysia yang menghayati semangat Merdeka dan mereka yang mempamerkan komitmen cemerlang serta memberi sumbangan penting kepada masyarakat.
Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka Datuk Mohammad Medan Abdullah berkata geran itu terbuka kepada rakyat Malaysia berumur antara 22 dan 35 tahun yang terlibat dalam disiplin pendidikan dan kemasyarakatan terpilih, alam sekitar serta kesihatan, sains dan teknologi.

Katanya maklumat terperinci tentang anugerah itu dan borang permohonan secara dalam talian boleh didapati melalui.......

Lebuhraya SMART ditutup.....


KUALA LUMPUR: Lebuhraya SMART akan ditutup kepada lalu lintas dari pukul 11 malam esok hingga 6 pagi Khamis.
Penutupan itu adalah bagi melakukan kerja penyelenggaraan rutin sistem terowong lebuh raya dijalankan, kata Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengguna yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai penutupan itu boleh menghubungi talian bantuan SMART di 1-300-88-7188. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright© All Rights Reserved meiiju.blogspot.com